|
Sunday, October 16, 2011 • 11:23 AM • 0 comments
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Allah berfirman yang bermaksud : " Sesiapa yang menusuhi kekasih-Ku, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang aku lebih sukai daripada apa yang Aku wajibkan keatasnya. Tidak henti-henti hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga aku mencintai-Nya. Jika Aku telah mencintai-Nya, maka Aku menjadi pendengarannya dengan ia mendengar, menjadi penglihatannya dengannya ia melihat, menjadi tangannya dengannya ia memegang, menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-KU, nescaya Aku mengabulkannya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku melindunginya. Aku tidak pernah teragak-agak dalm sesuatu yang Aku putuskan, seperti teragak-agaknya Aku mewafatkannya sebab dia benci akan kematian sedangkan Aku pula benci untuk menyakiti hatinya." ( Riwayat al-Bukhari, hadis sahih ) ![]() ::MARI BERDOA Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai sesiapa sahaja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu |