profile
stuff
+ Follow
>

infinity love ∞
Ujian untuk hidup ;)
Tuesday, March 13, 2012 • 9:41 PM • 5 comments

color, life, sjj, text
Bak kata nadya :: life is beautiful :)
Assalamualaikum and say hello for my superb readers :)
Dekat sini , baru lepas hujan . Angin tiup sepoi-sepoi je . Rasa damai je kat sini . Macam kat pantai pulak . Ketika ini , semua orang tgh layan Vanilla Coklat episod akhir . Family aku pon apatah lagi , tinggalkan aku sorang-sorang menghadap komputer nie , mereka menonton tak ingat dunia . Maklumlah, episod akhir bukan ? Kalau disorongkan bantal sekalipun , semestinya mereka tolak jauh-jauh semata-mata kerana VC :)

Sedih kan bila kita dapat tahu orang yg kita syg sakit ? Walaupun selalu gaduh dengan dia.. Menyampahlahh .. itulah.. kita tetap sayang kita bukan? Inilah apa yg aku alami sekarang . Rasa sesak untuk bernafas bila dapat tahu berita yg menyedihkan nie, inilah ujian hidup. Kalau takde semua nie . Takkan adanya pahit manis kehidupan kita bukann ?

Ujian adalah takdir Allah yang maha Esa. Ujian juga tanda kasih Allah dekat kita kann ? Klau kita rasa takank share masalah kita kat org lain , baik kita share dgn Allah. Ingat ! setiap masalah ada penyelesaian nye. Jangan nak merungut je yg bukan-bukan. Yelahh, aku pon sama jugak . merungut tak tentu pasal bila ada barang yg hilang . Bukan nak cari dgn mata, tapi cari dengan hidung :)

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya.  Allah maha mengampunkan segala dosa yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat.  Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa.  Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar.  Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya.


Tersenyumlah kerana kita masih bernyawa dan di beri kesempatan untuk meneruskan perjuangan di jalanNya.

Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu berkata , 

“ Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku.”

Tersenyumlah sentiasa, ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit.  Bukannya bererti senyum itu kerana dia tidak punya masalah dalam kehidupannya, tetapi menunjukkan hatinya reda dengan setiap takdirnya.

nota kaki :: be strong along ! ima doakan along cepat sembuh dan panjang umur :)