profile
stuff
+ Follow
>

infinity love ∞
Kasih ibubapa ;')
Saturday, August 18, 2012 • 3:58 PM • 0 comments

comel kan ? ><

Assalamualaikum 

Contoh Situasi 

Seorang ibu ditinggalkan oleh anaknya di hotel . Keesokan harinya , Jabatan Kebajikan menghantar ibu tersebut ke sebuah rumah orang tua-tua.

Sedihkan ? Sampai mcm tu sekali si anak kalau dah taknak jaga ibunya yang sudah uzur , tua . Cuba bayangkan kalau suatu hari nanti anak kita buat mcm tu dekat kita ? Mesti kita sedihkan sebab kita yang besarkan dia dari kecil , tatang dia bagaikan minyak yg penuh . Nauzubillah .

Ustaz pernah cakap yang ..

Redha Allah bergantung kepada redha ibubapa dan murka Allah bergantung kepada murka ibubapa 


Bila kita dah besar , janganlah kita sakitkan hati parents kita ,  buatlah ibu bapa kita berasa bahagia , bangga . At least , kalau kita taknak cemerlang dalam pelajaran , sekurang kurangnya jaga tingkah laku kita terhadap mereka . Saya ni pun tak cukup sempurna . Kita ubah perangai kita ya ke arah kebaikan .

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu” – [Surah luqman: 14]

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kasih mereka terhadap anak adalah kasih daripada titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbalas.


رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.



Salam Aidilfitri . Maafkan kesalahan saya pada awak awak semua :D 

p/s :: Nak duit raya bolehh ?