Saturday, August 4, 2012 • 4:07 PM • 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
Situasi 1
Dekat shopping complex , tengah jalan jalan tengok sekeliling. Fikir nak masuk kedai mana. Kedai baju ke kasut ? Tiba tiba , nampak seorang pemuda muka dia ala ala penyanyi korea . Pemuda tu tersenyum menawan dekat kitaaa . Terus terkaku , terpaku , terkedu sebab senyuman dia . Sebab apa ? Sebab senyuman diaaaa ! Kita tenung wajah diaa sampai ayah kita tegur pon kita tak perasan.
Situasi 2
Tengah makan dekat restaurant. Nampak satu pasangan duduk dekat bangku kat taman. Kiranya restaurant tu menghadap taman lah kan. Dia tgh pegang tangan , cakap-cakap. Dalam hati kita cakap " Sweetnya diaorang !"
Sebenarnya , kat sini ima nak cakap yang ..
Seorang mukmin tidak akan sewenang wenangnya memanjakan mata mereka dengan melihat perbuatan atau aurat orang lain yang diharamkan .
Mungkin susah kita nak buat benda ni. Maklumlah, kalau dah nampak yang handsome handsome tu mestilah kita nak pandang berkali kali bukan? Susah nak jaga pandangan bila nampak sesuatu. Ingatlah , peliharalah mata kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita.
Dan janganlah kita menganggap bahawa menjaga pandangan adalah suatu benda yang remeh temeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.
Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnyaa..
"Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya."
-Ayat 40 dan 41 Surah Al-Naazi'at-
|