profile
stuff
+ Follow
>

infinity love ∞
Sakit tanpa luka
Friday, August 10, 2012 • 9:25 PM • 0 comments


Assalamualaikum ,

Bagi kita kawan sendiri dah macam adik beradik. Ada yang aggap kawan lah segala-galanya bagi diri dia . Setiap orang ada description masing-masing pasal kawan kan ?

Tapi , bila dah ''terkena'' dengan kawan kita sendiri yg kita anggap baik , memang dalam kesan dia . Sakit tanpa luka . Mungkin kita still boleh senyum , tapi ikhlas ke snyuman kita tuu ? Orang kata it's just a fake smile :) Hakikatnya, kita nak tutup kesedihan yang kita rasa drpd org lain .

Mungkin selama ni , kita tak pernah terasa hati dengan kawan kita sndiri . Setakat merajuk sikit , normal lah. Bila dah sampai tahap lebih serious drpd kutuk kita , umpat kita , kita dah takboleh tahan kan? Kalau saya lahh ... saya akan sepak dia , tumbuk muka dia biar patah gigi dia ! eh ehh , bulan puasa ... Astaghfiruallahala'zim ....

Sabar itu sebahagian daripada iman 

Jangan sampai kita benci dia . Ingat ! Bila kita benci seseorang , akan ada ramai lagi yg benci kan kita tanpa kita sedar okay ?? Takpayah lah nak balas dendam kat dia balik . Kalau balas jugak , kita dgn dia sama je 2x5 . Nak ke ? Walaupun perkataan dan perbuatan dia mengguriskan hati kita , bagai dicucuk sembilu , anggaplah ini semua berlaku atas izin Nya . Anggap ni satu ujian . UJIAN !

Memang susah membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.

Penawar penyakit ni senang je . Tak perlu nak beli dekat kedai dua ringgit . Benda tu ada pada diri kita . Kita hanya perlu MEMAAFKANDia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita. Jadi , maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.