profile
stuff
+ Follow
>

infinity love ∞
Pandang rendah.
Friday, November 23, 2012 • 4:25 PM • 0 comments

Tumblr_mct64dm3oi1r7mkqro1_500_large
*Jangan pandang rendah dekat orang lain. Saya tak suka !

Assalamualaikum .

Situasi 

Pergi shopping complex , nampak orang yang bertudung kita senyum dekat dia.*sambil buat muka comel. Nampak orang yang seksi  dan tak bertudung , kita cemikkan muka. 

Baik ke perangai tu? Bukan ke baik kalau kita senyum dekat sesiapa ? Maniskan muka tak kira muslim atau non muslim. *senyum satu sedekah. 

Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah satu ibadah 
(Riwayat al-Tarmizi, Ibn Hibban dan al-Baihaqi.)

Senang cerita macam ni lah , hormati orang lain . Jangan mersakan diri kita ini seorang yang hebat sedangkan ada yang lagi hebat dari kita . Tengok ? Dah ada sifat bongkak . 

Tarik nafas kejap . Okay minum air .

''Kau tak pakai tudung , pergi masuk neraka lah !" Boleh ke kita buat penilaian macam ni? Memanglah berdosa kalau kita tak menutup aurat . Tapi layakkah kita ni nak nilai orang ni masuk neraka , kita ni masuk syurga ? Sedangkan kita sendiri tiap-tiap hari entah berapa banyak dosa yang kita dah buat tapi kita tak sedar . *Renungan.

"Aku dapat 9A . Plus plus lagi . Kau ada apa je ? Setakat 4A nak buat apa ? Masuk SM Sains pon tak lepas lah !"

Ehh ehh , sedap mulut je kan cakap macam ni? Tak fikir ke perasaan orang tu , dia tersinggung ke ? Sekolah mana mana pon sama , usaha je yang tentukan kita berjaya ke tak *Ceh cehh . geram ni >.< Biar pun kita pandai , tapi ingat tu NIKMAT yang Allah beri . *Bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat tuu . Siapa pun dia , dia berhak dapat penghormatan yang selayaknya dan diperlakukan seperti orang lain .

battle way


Masih belum terlambat untuk kita berubah , bersihkan jiwa dan bertaubat selagi kita masih bernyawa .

#PrayForGaza