|
Saturday, December 21, 2013 • 4:45 PM • 6 comments
Hey hey
Assalamualaikum.
"Kadang kadang,
Kau menulis bukan untuk orang lain baca,
Tapi sekadar meluahkan apa yang kau rasa."
Kan?
Yes, I do enjoy walking at night. The world’s more to my liking then, not so loud, not so fast, not so crowded, and a good deal more mysterious.
Em, result dah keluar. Ya Allah! Alhamdulillah aku dapat apa yang aku impikan selama ni. Cuma, aku rasa sedih sebab tak dapat bersama dengan kawan kawan aku yang lain. Ada yang kata "Kenapa kau tak tarik aku untuk berjaya sekali?" and that moment aku terkedu. Apa aku perlu buat? Salah aku kah? Yeah. Betul orang kata. Berjaya sorang sorang tak best. Nak jugak tengok orang yang aku sayang semua happy. Takpelah, Moga Allah redha dengan apa yang aku dapat ni.
(Gambar oleh Kak Maizan)
Twitter tengah trending pasal #2013TaughtMe. Okay. 2013 mengajar aku erti persahabatan, ukhwah yang sangat indah. Sama sama senang, sama sama susah. Ya tak dinafikan, tahun ni lah yang paling mencabar bg aku sebab dah nak exam, pastu gaduh gaduh dengan orang. Ergh, yang aku selalu sakitkan hati orang kenapa? Em, tahun ni aku mula berubah jadi 'pasif' dengan family aku. Duduk dalam bilik, kalau tak study, duk layan korea sana. Itu jelah yang mampu aku buat. Macam orang hilang hala tuju. Pergh ai.
Tahun ni jugak lah aku rajin bangun malam (Qiamulail) dekat asrama sana. Bangun dengan Wani,Ain Rasip, Azmeera, Syura. My dormates semua. *aku harap perjuangan kita tak berhenti tahun ni saja* Aku bersyukur, kalau aku kat rumah, takde maknanya nak buat. Mata ni sentiasa tertutup berat. Ergh. *salah syaitan ke?* Tahun ni jugak aku kadang kadang je tidur dalam kelas. Wuuuu, satu perkara yang agak membanggakan berbanding daripada tahun tahun lepas. Kena halang nafsu, so, aku pergi sekolah bawak botol air mineral yang besar sana. Ehehehe :D
Untuk makluman, aku berjaya bukan sebab aku genius. Kalau aku genius dah lama aku masuk satu universiti dgn budak pandai macam Adi Putra tu. Pandai maths. Usaha kita. Stop ah, jangan duk kata aku ni 'genius'. aku tak suka. tak suka dan tak suka. Jangan salahkan takdir kalau kita tak berjaya. (Kalau penyakit ada ubatnya, mestilah semua yang berlaku ni ada hikmahnya.) ADA FAHAM????
Ah, jangan kata apa apa pasal gambar ni.
#GetWellSoon adikku, yang kau pergi berlari dalam rumah pagi tadi sampai terhantuk kat bucu meja makan tu dah kenapa? Tak pasal pasal dh dapat tiga jahitan comel dekat dahi kau. Haish, budak budak. So, aku tak dapat lah join budak budak keluar sana. Takpe, ada hikmah. *think positive*
Comelkan? Aku selalu berharap dapat buat macam ni sambil menikmati coffee, lepas tu tengok raindrops ke, atau snowflakes. *sila sedar sebab anda kat Malaysia* Rasa damai je waktu tu. Hanya aku dan aku. Ehe. Wuuuu~ HEAVEN! Takpe ah, yang penting satu hari nanti!
"Moga ukhwah kita kekal sampai ke syurga kawan :')"
Off.
|